Jika disebut namanya mungkin kurang menarik perhatian. Namun banyak perkara yang boleh dipelajari apabila berkunjung disana. Aku mula kesana pada tahun 1998 lagi semasa masih menuntut di UM. Keadaan disana ketika itu amat daif disebabkan keadaan negara tersebut yang baru tamat perang bersama rejim Khmer Rouge.
Kami kesana masa tu berempat. Aku, Jamal, Hariza ngan Maza mewakili PBMUM pergi kesana untuk menjalankan kajian awal untuk melaksanakan Program Kemanusiaan Kemboja. Kat sana kami disambut oleh Haji Mohd Marwan ( sekarang senator disana) yang mengaturkan perjalanan kami selama berada di sana. Fokus kawasan adalah di Wilayah Kampong Cham dimana disana terdapat majoriti penduduk Melayu Champa . Jarak perjalanan ke Kampong Cham dari Phnom Penh hanyalah dalam sekitar 130km, namun perjalanan ambil masa lebih 5 jam disebabkan keadaan jalan yang teruk. kebetulan pula masa tu baru lepas banjir besar. Jadi banyak jalan yang terputus. Lepas tu terpaksa menaiki feri untuk menyeberang sungai Mekong yang besar tu.
Terlalu banyak pengalaman yang hendak diceritakan dalam pengembaran pertama ke Kemboja. Namun cukuplah dapat disimpulkan bahawa perjalanan pertama itu membuka banyak peluang dalam kehidupan aku selepas itu. Dan apa yang lebih penting, pengajaran melihat kesusahan hidup mereka memberi kesan kepada diriku dalam melihat dan menilai kehidupan.
No comments:
Post a Comment