LEISA

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membantu masyarakat petani dan golongan miskin luar bandar bagi membolehkan mereka keluar dari belenggu kesempitan hidup. Namun tidak banyak kejayaan yang boleh dikongsi jika dibandingkan dengan peruntukan yang telah dikeluarkan. Kenapa agaknya ye?

Aku rasa salah satu puncanya ialah mereka ini diajar untuk menggunapakai input pertanian yang diberi dan bukannya diajar bagaimana untuk menghasilkan sendiri input pertanian. Input pertanian ni contohnya baja, racun serangga dan lain-lain. Bila ada bantuan baja , maka tanaman pun segarlah, bila takde bantuan , nasib ko lah pokok..aku sendiri pun tak mampu nak sara hidup inikan pula nak beli baja untuk ko.

Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan, kerja-kerja kebajikan tidak pernah kami tinggalkan. Mudah-mudahan disitu letaknya keberkatan berniaga. Buat untung lepas tu gunakan keuntungan untuk kerja-kerja kemanusiaan. Usaha kami melatih masyarakat desa untuk menghasilkan input pertanian sendiri ni dah bermula sejak 2001 lagi dan alhamduliLLah ianya masih berterusan sehingga ke hari ini.






Dari Perlis sampai ke Sabah, kebanyakan program yang dijalankan mendapat sambutan baik dari masyarakat. Yela..buat baja sendiri , buat penghalau serangga sendiri sapa tak suka kan. baru le ada semangat nak bercucuk tanam bila kos input rendah. Bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan ke Kemboja , Thailand dan Sri Lanka pun minta tolong ajar.


Banyak orang bercakap pasal `food security' tapi agak-agaknya bagaimana nak menterjemahkan maksud `food security' ni agaknya ye. Kalau baja dan racun serangga terpaksa bergantung dengan orang , bolehke ada jaminan nak dapatkan makanan dengan harga yang murah. Tu belum cakap pasal makanan yang bebas racun dan berkhasiat. Aku pernah menghadiri satu program bersama petani-petani di KL suatu masa dulu. So dalam ramai-ramai peserta tu adalah dari kalangan penanam sayur. Bila tiba time jamuan tu aku pun dudukla semeja dengan geng penanam sayur ni. Dalam banyak-banyak lauk yang dihidangkan tu aku perhatikan geng ni tak usik pun sayur bayam ngan sawi tu. So aku perli la geng ni. `why..u know what u put inside the vegetable?' geng ni senyum sinis aje.. Nampak tak sayur yang ditanam sendiri pun tak nak makan..sebab apa.. sebab dalam tu dah bubuh ntah apa-apa punya baja ngan racun serangga la agaknya. So aku pun terus tak lalu nak makan sayur aritu.


JAKARTA YANG GEDE





Kami telah dijemput untuk membentangkan kertas cadangan dalam sebuah forum ekonomi antarabangsa yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini. Memang teringin juga sebenarnya nak meneroka kota besar Jakarta, jadi kesempatan yang ada dapat digunakan semaksima mungkin.

Kebetulan kedatangan kami ditengah-tengah kerancakan kempen pilihanraya Indonesia. Jadi boleh dikatakan sana-sini nampak poster besar dan perarakan motosikal berkempen untuk calun masing-masing.


Apa yang menarik nak diceritakan pasal Jakarta ni ye.. apa lagi jem..jem..jem..macet pak ..disini udah biasa gini..


Biarlah nak jem pun..yang penting aku tak bawa kereta.. penat-penat tengok bangunan besar-besar ..lelap la pulok ye sementara nak sampai destinasi

Kebetulan pula time-time persidangan besar ni ada pulak Pesta Buku Islam Jakarta..Orang malaysia kan..apa lagi ..borong buku la ..baca lum tentu lagi

Selalu orang dok kata kalu pergi Jakarta jangan lupa singgah Mangga Dua..Aku ingat macamana rupanya ..pehhh..besau giler..mau 2-3 hari nak habis kalu round tengok kedai-kedai.




Dah penat-penat last minit shopping sempat la pula singgah pekena masakan Sunda..tak larat la dah 2 hari asik makan masakan Padang aje. Dapat pekena ikan gurami bakar sodap terbuka juga selera


Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sungguh memenatkan. Bukan penat apa..penat tunggu kapal terbang tak sampai-sampai..nak wat camana..airasia kan..patut 8.20pm berlepas ni 12.30am baru nak fly..tengok masing-masing dah naik angin ..sekali masuk dalam balai berlepas ada plak makanan..sejuk la sikit kan..




Apapun trip Jakarta ni membawa banyak harapan.. mudah-mudahan apa yang kami telah usahakan akan beroleh kejayaan..amin