LEISA

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membantu masyarakat petani dan golongan miskin luar bandar bagi membolehkan mereka keluar dari belenggu kesempitan hidup. Namun tidak banyak kejayaan yang boleh dikongsi jika dibandingkan dengan peruntukan yang telah dikeluarkan. Kenapa agaknya ye?

Aku rasa salah satu puncanya ialah mereka ini diajar untuk menggunapakai input pertanian yang diberi dan bukannya diajar bagaimana untuk menghasilkan sendiri input pertanian. Input pertanian ni contohnya baja, racun serangga dan lain-lain. Bila ada bantuan baja , maka tanaman pun segarlah, bila takde bantuan , nasib ko lah pokok..aku sendiri pun tak mampu nak sara hidup inikan pula nak beli baja untuk ko.

Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan, kerja-kerja kebajikan tidak pernah kami tinggalkan. Mudah-mudahan disitu letaknya keberkatan berniaga. Buat untung lepas tu gunakan keuntungan untuk kerja-kerja kemanusiaan. Usaha kami melatih masyarakat desa untuk menghasilkan input pertanian sendiri ni dah bermula sejak 2001 lagi dan alhamduliLLah ianya masih berterusan sehingga ke hari ini.






Dari Perlis sampai ke Sabah, kebanyakan program yang dijalankan mendapat sambutan baik dari masyarakat. Yela..buat baja sendiri , buat penghalau serangga sendiri sapa tak suka kan. baru le ada semangat nak bercucuk tanam bila kos input rendah. Bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan ke Kemboja , Thailand dan Sri Lanka pun minta tolong ajar.


Banyak orang bercakap pasal `food security' tapi agak-agaknya bagaimana nak menterjemahkan maksud `food security' ni agaknya ye. Kalau baja dan racun serangga terpaksa bergantung dengan orang , bolehke ada jaminan nak dapatkan makanan dengan harga yang murah. Tu belum cakap pasal makanan yang bebas racun dan berkhasiat. Aku pernah menghadiri satu program bersama petani-petani di KL suatu masa dulu. So dalam ramai-ramai peserta tu adalah dari kalangan penanam sayur. Bila tiba time jamuan tu aku pun dudukla semeja dengan geng penanam sayur ni. Dalam banyak-banyak lauk yang dihidangkan tu aku perhatikan geng ni tak usik pun sayur bayam ngan sawi tu. So aku perli la geng ni. `why..u know what u put inside the vegetable?' geng ni senyum sinis aje.. Nampak tak sayur yang ditanam sendiri pun tak nak makan..sebab apa.. sebab dalam tu dah bubuh ntah apa-apa punya baja ngan racun serangga la agaknya. So aku pun terus tak lalu nak makan sayur aritu.


1 comment:

Unknown said...

Salam Abg ku...

Happy rasanya dpt menerokai minda Abg Ngah... Adik sgt teruja dgn kejayaan Abg Ngah!... Syabas bro, smoga segalanya mndpt berkat dan kejayaan yg lebih lg...
You're my role model to success..
^_^