MISI MENINJAU PELUANG PERNIAGAAN DI KEMBOJA



Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) telah menganjurkan satu misi meneroka peluang-peluang perniagaan di Kemboja pada 27 Julai hingga 1 Ogos yang lalu. Misi tersebut telah dijalankan dengan kerjasama Council for Development of Cambodia (CDC) dan Cambodia Chamber of Commerce (CCC). Manakala Detik Aturan Sdn Bhd dan Eminziki Co Ltd bertindak sebagai Koordinator misi tersebut. Seramai 20 orang usahawan telah menyertai misi tersebut dengan mewakili 8 sektor perniagaan. Diantara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang misi tersebut adalah:

1. Kunjungan hormat dan perbincangan bersama wakil Timbalan Perdana Menteri Kemboja yang juga Menteri Ekonomi dan Kewangan iaitu H.E. Kong Vibol. Beliau menyebut betapa kerajaan kemboja memandang tinggi kemajuan yang ditelah dicapai oleh Malaysia dan komitmen didalam membangunkan Kemboja pada tahun-tahun 90an. Dimana Malaysia adalah merupakan Negara pelabur terbesar pada ketika itu. Namun setelah kemboja mencapai tahap kestabilan politik yang lebih baik, kemasukan pelabur Malaysia telah jatuh ke tangga ke tiga. Justeru beliau mempelawa peserta DPMMS ntuk melihat peluang-peluang yang ada sepanjang misi tersebut

2. Seminar Peluang-peluang perniagaan di Kemboja yang dianjurkan oleh Council for Development of Cambodia ( CDC). Peserta DPMMS telah disajikan dengan pembentangan terperinci oleh H.E. Chanthol Sun, Menteri Kanan dan Naib Pengerusi Council for the Development of Cambodia berhubung kelebihan, peluang dan galakkan yang diberikan oleh Kerajaan Kemboja kepada syarikat-syarikat Malaysia yang berminat untuk melabur di kemboja. Beliau menyebut bahawa Kemboja berpotensi sebagai pintu masuk kepasaran Kemboja dan juga Negara-negara Indochina yang lain seperti Laos dan Vietnam dan juga pasaran Asean secara umum.

3. Mesyuarat dan perbincangan bersama wakil Cambodia Chamber of Commerce (CCC) bertujuan meluaskan jaringan perniagaan dikalangan peserta DPMMS dan juga ahli peniagaan Kemboja. Sesi tersebut telah berjaya membuka beberapa peluang perniagaan dikalangan peserta untuk meneroka pasaran Kemboja.

4. Lawatan Industri. Para peserta telah diberi peluang untuk melihat beberapa projek infrastruktur yang sedang dijalankan dan sudah beroperasi di Kemboja. Antara tempat yang dikunjungi adalah projek pembangunan perumahan dan Phnom Penh Water Authority.

Misi Perdagangan yang dianjurkan ini telah Berjaya membuka mata para peserta tentang banyaknya peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang berpotensi untuk dimajukan. Dikala negara itu sedang dilanda ketidakstabilan pelabur Malaysia berpusu-pusu masuk. Namun dikala Negara tersebut sudah mencapai kestabilan politik , pelabur dari Negara lain seperti China dan Korea yang mendominasi pelaburan disana.































































































1 comment:

Ahmad Q said...

Salam Jai,
Boleh tolong call balik ada perkara nak tanya...sori no phone hilang.Call no asal x berubah lagi.

Tq. Wassalam
AQ