SEBUAH KAMPUNG BERNAMA PENAMBAWAN
Aku pernah mengunjungi kampung ini pada tahun 2001. Masa tu kami menjalankan kajian keberkesanan program Amanh Ikhtiar Malaysia. Tak sangka pula kali ni aku akan berkunjung ke kampung ni semula. Walaupun tujuan kali ini berlainan, namun hasratnya tetap sama, iaitu membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada penduduk kampung ini.
Kampung ni terletak didaerah Tuaran, Sabah. Namun kaedah hubungan utama adalah menggunakan laluan air disebabkan kampung ini terletak di Kuala Sungai.
Dah lama x naik bot terasa kekok. Tambahan berenang pun x berapa pandai, tambahan pula x ada jaket keselamatan. Tawakal ajelah. AlhamduliLLah selamat juga sampai
Keadaan masih tidak banyak berubah sejak dari kunjungan pertama dulu. Rumah-rumah penduduk masih daif seperti dulu. Mereka masih bergantung dengan sumber air bukit dan hujan.
Namun kesukaran yang sedang dihadapi oleh penduduk kampung ini akan berubah tidak lama lagi. Kerajaan sedang menjalankan projek perumahan rakyat yang diharapkan mampu mengubah keadaan mereka kepada lebih baik.
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA UNTUK MINGGU KESEDARAN KOMPOS ANTARABANGSA (INTERNATIONAL COMPOST AWARENESS WEEK 3-9 MEI 2009)
International Compost Awareness Week adalah merupakan sebuah aktiviti pendidikan alam sekitar berteraskan kompos yang terbesar didunia. Aktiviti ini telah dimulakan semenjak tahun 1995 dan digerakkan oleh US Composting Council dengan focus dan hala tuju untuk meluaskan pemahaman masyarakat umum tentang kegunaan kompos disamping menggalakkan kesedaran masyarakat untuk menghasilkan sendiri kompos. Kempen sebegini kemudiannya telah disertai oleh Badan-badan antarabangsa lain seperti The Composting Association UK, European Compost Network, Compost Australia, Composting Association of Ireland, Composting Council of Canada dan Detik Aturan Sdn Bhd telah memaklumkan penyertaan bersama badan-badan ini untuk memulakan kempen kesedaran kompos diperingkat Malaysia. Tema untuk tahun ini adalah `Compost, Recycling the way nature meant it to be’ .
Usaha-usaha menggalakkan masyarakat Malaysia untuk menghasilkan kompos masih perlu dipergiatkan. Aktiviti kesedaran dan pendidikan perlu ditekankan melalui penglibatan kerajaan dan Ngo. Usaha ini dilihat dapat menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui (renewable resources) seperti sisa makanan dan sisa hijau ( lanskap dan taman) untuk dikitar semula menjadi kompos dan kemudiannya digunakan semula untuk aktiviti lanskap dan pertanian. Usaha ini dapat menbantu menambahbaik komuniti berkelanjutan (improved community sustainability)
Untuk memulakan `soft launch’ kempen minggu kesedaran kompos di Malaysia, Detik Aturan Sdn Bhd akan bekerjasama dengan PKPS Agro Industries melalui Program Minggu Terbuka Pusat Kitar Semula Baja Kompos di Pasar Borong Selangor pada 4-9 Mei 2009. Masyarakat umum boleh datang melihat dan mempelajari sendiri bagaimana kompos dihasilkan melalui sisa sayuran dan buah-buahan di pasar borong. Disamping itu juga sebanyak 500 kampit contoh kompos akan diedarkan secara percuma kepada pengunjung untuk mereka mencuba dirumah.
Adalah diharapkan agar kempen ini sedikit sebanyak mampu menjadi permulaan yang baik didalam mendidik masyarakat supaya mengitar semula sisa organik yang dihasilkan dikediaman masing-masing untuk dijadikan kompos. Usaha ini diharap dapat membantu mewujudkan masyarakat yang sihat disamping membantu mengurangkan kemasukan sisa organik ketapak pembuangan sampah .

MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENGHASILKAN KOMPOS
(rencana sempena Minggu Kesedaran Kompos Antarabangsa pada 3-9 Mei 2009)
Setiap kali kita membuang sisa makanan yang berlebihan pernahkah kita terfikir bahawa kita sebenarnya telah membazirkan satu lagi sumber yang boleh memastikan bumi ini terus subur ? Atau semasa kita membersihkan halaman rumah dari daun-daun dan ranting kayu , pernahkah kita terfikir sejenak bukankan lebih baik diolah menjadi sesuatu yang boleh dipulangkan semula kepada alam. Atau semasa kita membelek sayur-sayuran yang hendak dibeli dipasar pernahkah kita terfikir yang kita sebenarnya boleh menanam sendiri sayur-sayuran tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga yang boleh memudaratkan kesihatan? Mungkin itulah antara perkara-perkara yang kita lalui setiap hari namun kita tidak berfikir sejenak untuk memutuskan samada aktiviti harian tersebut merupakan satu lagi sumbangan kita kepada kemusnahan bumi ini . Atau mungkin kita telah mengambil keputusan untuk memulakan kitar semula menjadikannya kompos sebagai usaha kecil untuk menyelamatkan bumi.
Secara umumnya, aktiviti kompos di Malaysia boleh dikatakan masih baru. Ini boleh dilihat dari sedikitnya bilangan mereka yang menceburi aktiviti ini dan kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat umum tentang kompos itu sendiri. Kebanyakan masyarakat kita lebih merelakan sisa-sisa makanan dibuang dan diangkut oleh kontraktor sisa pepejal dan kemudiannya ditimbun di pusat pembuangan sampah daripada megolahkannya kembali menjadi kompos dan digunakan untuk aktiviti lanskap dan taman-taman dikediaman. Banyak pihak sering mengutarakan rungutan dan bantahan tentang masalah pembuangan sampah namun kita sendiri lupa bahawa kita sendiri sebenarnya adalah penyumbang kepada masalah tersebut.
Bukankah lebih baik masyarakat kita sama-sama memainkan peranan untuk mengitar semula sisa-sisa organik yang ada dirumah untuk dijadikan kompos. Proses menghasilkan kompos sendiri dirumah bukanlah suatu proses yang rumit. Ianya boleh dilaksanakan semudah mengasingkan sisa makanan kedalam satu bekas yang bertapis untuk dibuang lebihan airnya dan kemudian boleh dicampurkan dengan daun-daun dan ranting-ranting kayu yang bertaburan dihalaman dan dimasukkan kedalam bekas tertutup dan dibiarkan selama dua ke tiga minggu. Dalam tempoh tersebut apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka dan membalik-balikkan sampah tersebut supaya aliran udara dapat masuk dan mempercepatkan proses kompos. Kompos yang terhasil nanti sudah cukup untuk kegunaan sendiri didalam aktiviti pertanian dirumah. Ianya lebih bermanfaat kepada tanaman daripada menggunakan baja kimia yang bukan sahaja mahal, bahkan tidak baik untuk kesihatan.
Manakala dalam aktiviti pertanian pula, aktiviti kompos masih lagi dipandang remeh. Dalam ketika banyak pihak baik diperingkat kerajaan dan masyarakat petani sendiri mengeluh diatas kenaikan baja pertanian yang berasaskan kimia yang berlipat kali ganda mahalnya, masih belum timbul kesedaran bahawa inilah masanya semua pihak memikirkan kaedah lain untuk mengurangkan kos baja pertanian. Masyarakat pertanian di Malaysia masih melihat baja kimia sebagai penyelesaikan didalam aktiviti pertanian mereka. Malahan didalam menjayakan projek-projek pertanian itu sendiri, sudah disediakan senarai baja-baja kimia yang perlu disediakan untuk memastikan supaya tanaman yang dihasilkan akan memberikan pulangan hasil yang lumayan. Mungkin kita kurang peka yang setiap sisa pertanian yang dihasilkan boleh diproses semula menjadi kompos dan digunakan semula untuk aktiviti pertanian tersebut. Kaedah ini telah digunakan secara meluas dipelusuk dunia terutama di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Eropah telah menggunakan kompos semenjak awal tahun 1950an lagi melalui organisasi seperti Rodale Institute, Biocycle dan lain-lain. Banyak dikalangan kita masih meletakkan harapan kepada baja NPK, Urea dan sebagainya sedangkan tanpa kita sedari aktiviti pertanian merupakan penyumbang kedua terbesar kepada penyebaran gas rumah hijau (Green House Gas) global . Menurut kajian Stern Review pada 2006, bumi hanya mampu menyerap sekitar 5 billion metrik tan Karbon Dioksid setahun sedangkan aktiviti pertanian sahaja menyumbang sebanyak 5.6 billion tan Karbon Dioksid melalui aktiviti penggunaan input kimia secara berleluasa. Mungkin masyarakat petani tidak ambil peduli tentang hal ini kerana merasakan ianya adalah tanggungjawab kerajaan untuk memikirkannya. Mereka merasakan diri mereka selamat dari dilanda bencana alam. Namun dewasa ini, kesan langsung telah mula dirasai oleh semua pihak tanpa mengambil kira bangsa, status, politik dan ekonomi. Kejadian banjir dikawasan yang tidak pernah berlaku, kemarau yang berpanjangan, penyusutan produktiviti, serangan serangga dan makhluk perosak yang semakin kebal, semua itu merupakan petunjuk bahawa alam sudah tidak mampu menanggung beban pencemaran dan memulangkannya semula kepada umat manusia untuk sama-sama merasakan penderitaannya.
Aktiviti kompos boleh dilaksanakan seawal pendidikan sekolah rendah. Banyak negara maju seperti di Amerika dan Eropah telah mewujudkan sistem kompos disekolah dimana sisa-sisa makanan dikantin pelajar dan juga lanskap sekolah telah diasingkan dan dikitar semula untuk dijadikan kompos. Kaedah `Vermicompost’ atau penggunaan cacing juga digunakan untuk menghasilkan kompos. Dan kompos yang dihasilkan akan digunakan untuk aktiviti lanskap dan projek pertanian disekolah. Usaha yang dijalankan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat disamping mendidik kesedaran `hijau’ semenjak dari peringkat sekolah lagi.
Kempen yang sama juga telah diperkembangkan diperingkat pengajian tinggi dimana usaha-usaha menggalakkan aktiviti kompos telah diperkukuhkan. Penglibatan pihak pengurusan universiti didalam menyalurkan sisa organik dan lanskap di pusat kitar semula yang diwujudkan didalam kampus untuk menghasilkan kompos telah membuahkan hasil. Kompos juga telah digunakan kembali untuk aktiviti lanskap universiti dan ini sekaligus membantu mengurangkan kos pihak universiti untuk membeli baja kimia untuk kegunaan lanskap dan taman di universiti. Manakala masyarakat mahasiswa telah didedahkan dengan kesedaran tersebut yang mana mereka kemudiannya turun kepada masyarakat melalui aktiviti sukarela dan kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan NGO.
Aktiviti kompos boleh membantu memperkembangkan lagi usaha-usaha mewujudkan jaminan sumber makanan ( food security) dikalangan masyarakat. Ianya dapat dilihat bilamana sumber input pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembelian baja. Tambahan pula aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos lebih `organik’ dan sihat. Inilah antara rahsia kejayaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Cuba semenjak sekian lama dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika namun rakyatnya menjadi semakin sihat dan hidup dengan sejahtera. Setiap lapisan masyarakat telah menghasilkan kompos sendiri dari sisa makanan dan digunakan untuk aktiviti pertanian bandar (urban farming) dikediaman masing-masing yang mana hasilnya bukan sahaja untuk kegunaan makan sendiri, malahan boleh dijual sebagai pendapatan tambahan.
Banyak lagi usaha-usaha yang boleh dijalankan diperingkat kerajaan dan Ngo untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya sama-sama mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan kompos. Aktiviti memberi kesedaran dan pemahanam kepada masyarakat perlu dipergiatkan sebagai permulaan kearah usaha ini. Melalui kaedah ini , kita masyarakat Malaysia sama-sama membantu mengurangkan jumlah sisa yang masuk ke tapak pembuangan sampah. Dengan itu, jangka hayat tapak pembuangan sampah dapat dipanjangkan dan usaha-usaha membuka tapak pembuangan sampah yang baru dapat dikurangkan. Penyertaan masyarakat melalui penghasilan kompos ini sahaja pun sudah cukup membantu mengurangkan pencemaran alam, pembakaran terbuka dan membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama.

Subscribe to:
Posts (Atom)