SEBUAH KAMPUNG BERNAMA PENAMBAWAN

Aku pernah mengunjungi kampung ini pada tahun 2001. Masa tu kami menjalankan kajian keberkesanan program Amanh Ikhtiar Malaysia. Tak sangka pula kali ni aku akan berkunjung ke kampung ni semula. Walaupun tujuan kali ini berlainan, namun hasratnya tetap sama, iaitu membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada penduduk kampung ini.

Kampung ni terletak didaerah Tuaran, Sabah. Namun kaedah hubungan utama adalah menggunakan laluan air disebabkan kampung ini terletak di Kuala Sungai.



Dah lama x naik bot terasa kekok. Tambahan berenang pun x berapa pandai, tambahan pula x ada jaket keselamatan. Tawakal ajelah. AlhamduliLLah selamat juga sampai










Keadaan masih tidak banyak berubah sejak dari kunjungan pertama dulu. Rumah-rumah penduduk masih daif seperti dulu. Mereka masih bergantung dengan sumber air bukit dan hujan.





Namun kesukaran yang sedang dihadapi oleh penduduk kampung ini akan berubah tidak lama lagi. Kerajaan sedang menjalankan projek perumahan rakyat yang diharapkan mampu mengubah keadaan mereka kepada lebih baik.


 










No comments: