KENYATAAN MEDIA UNTUK MINGGU KESEDARAN KOMPOS ANTARABANGSA (INTERNATIONAL COMPOST AWARENESS WEEK 3-9 MEI 2009)
International Compost Awareness Week adalah merupakan sebuah aktiviti pendidikan alam sekitar berteraskan kompos yang terbesar didunia. Aktiviti ini telah dimulakan semenjak tahun 1995 dan digerakkan oleh US Composting Council dengan focus dan hala tuju untuk meluaskan pemahaman masyarakat umum tentang kegunaan kompos disamping menggalakkan kesedaran masyarakat untuk menghasilkan sendiri kompos. Kempen sebegini kemudiannya telah disertai oleh Badan-badan antarabangsa lain seperti The Composting Association UK, European Compost Network, Compost Australia, Composting Association of Ireland, Composting Council of Canada dan Detik Aturan Sdn Bhd telah memaklumkan penyertaan bersama badan-badan ini untuk memulakan kempen kesedaran kompos diperingkat Malaysia. Tema untuk tahun ini adalah `Compost, Recycling the way nature meant it to be’ .
Usaha-usaha menggalakkan masyarakat Malaysia untuk menghasilkan kompos masih perlu dipergiatkan. Aktiviti kesedaran dan pendidikan perlu ditekankan melalui penglibatan kerajaan dan Ngo. Usaha ini dilihat dapat menggalakkan penggunaan sumber boleh diperbaharui (renewable resources) seperti sisa makanan dan sisa hijau ( lanskap dan taman) untuk dikitar semula menjadi kompos dan kemudiannya digunakan semula untuk aktiviti lanskap dan pertanian. Usaha ini dapat menbantu menambahbaik komuniti berkelanjutan (improved community sustainability)
Untuk memulakan `soft launch’ kempen minggu kesedaran kompos di Malaysia, Detik Aturan Sdn Bhd akan bekerjasama dengan PKPS Agro Industries melalui Program Minggu Terbuka Pusat Kitar Semula Baja Kompos di Pasar Borong Selangor pada 4-9 Mei 2009. Masyarakat umum boleh datang melihat dan mempelajari sendiri bagaimana kompos dihasilkan melalui sisa sayuran dan buah-buahan di pasar borong. Disamping itu juga sebanyak 500 kampit contoh kompos akan diedarkan secara percuma kepada pengunjung untuk mereka mencuba dirumah.
Adalah diharapkan agar kempen ini sedikit sebanyak mampu menjadi permulaan yang baik didalam mendidik masyarakat supaya mengitar semula sisa organik yang dihasilkan dikediaman masing-masing untuk dijadikan kompos. Usaha ini diharap dapat membantu mewujudkan masyarakat yang sihat disamping membantu mengurangkan kemasukan sisa organik ketapak pembuangan sampah .
No comments:
Post a Comment